Wednesday, May 12, 2010

Kerabu Lobak Merah dan Udang


BAHAN-BAHAN:

500 gm udang putih (sederhana)

1 biji lobak merah

2 sudu besar jus limau nipis

2 sudu besar gula melaka

6 tangkai cili padi

1 sudu besar sos ikan

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit kacang gajus

Sedikit kacang goreng

Sedikit udang kering

CARA MENYEDIAKAN:

1. Celur udang yang telah dibuang kulit hingga masak.

2. Hiriskan lobak merah dan bawang merah serta bawang putih. Tumbukkan cili padi, gula, udang kering dan kacang goreng hingga hancur dan halus.

3. Campurkan dengan sos ikan, jus limau dan gaul sebati.

Tuesday, May 11, 2010

Kerabu Kangkung Arang


BAHAN-BAHAN:
250 gm kangkung (potong)
1 labu bawang besar (hiris)
30 gm sotong
30 gm udang
20 gm kacang tanah tumbuk
5 sudu besar sos ikan
Sedikit tepung naik sendiri

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kangkung dan bawang besar dicampurkan dengan tepung naik sendiri, kemudian goreng hingga rangup.
2. Tuskan, kemudian campur bersama udang, kangkung dan sotong yang telah direbus.
3. Setelah itu, taburkan kacang tumbuk dan gaulkan dengan sos ikan.

Kerabu Ayam


BAHAN-BAHAN:

250 gm ayam (perapkan dengan garam, gula, serbuk lada putih goreng)

BAHAN SOS:

1/4 cawan cili kisar

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil cuka

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRIS:

1 biji mangga muda

1 labu bawang besar

Sedikit kubis

10 tangkai cili padi

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan kesemua bahan sos dan masak sehingga sebati dan pekat.

2. Ayam yang telah digoreng tadi dipotong kecil

3. Taburkan bahan hiris.

4. Curahkan kuah sos cili.

Kerabu Sotong


BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 batang serai
5 tangkai cili padi
1 biji tomato (potong dadu)
2 biji limau nipis
3 sudu besar air gula

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan sotong dan rebus. Angkat dan tuskan airnya.
2.Kemudian hiriskan bawang dan tomato dipotong dadu.
3.Selepas itu, hiris serai dan cili padi.
4.Akhir sekali gaulkan kesemua bahan, perahkan limau nipis dan tambahkan air
gula secukup rasa.